|
|
| Tuesday, 27-Oct-2009 00:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PULUT SERUNDING dan ASYIK DAN CHICKEN POX
|
|
|
 |
|
berjangkit dengan kakak qila
|
|
|
Alhamdulillah pagi ni dapat buat pulut serunding dan terus masuk n3 hari ni. bukan senang nak masak terus update hari ni. Asyik tengah tidur jadi dapatlah menghadap komputer. asyik sekarang pandai tekan punat cpu tu. tengah syok menghadap komputer terus padam, memang keje dia lah tu. sekarang cpu dah pindah atas meja. lepas ni tak tahu apa pulak yang nak digodamnya.
dah seminggu asyik kena chicken pox. mujur tak banyak kerenah. dengan batuk dan selsema sekali. beberapa hari lepas kena demam malam. sebelum tidur bagi dia makan ubat demam dulu. paling best asyik paling senang bagi makan ubat.
pulut serunding untuk sarapan pagi.......alhamdulillah. kita anggap semua orang dah pandai buat pulut serunding, jadi kali ni penampilannya agak berbeza. mita bentukkan dalam acuan kuih lompang. isikan serunding sesudu besar dan selebihnya penuhkan dengan pulut. nampak kemas dan menarik. terima kasih buat kak pah yang telah memberi idea cara buat pulut ni.
asyik sedang lena tidur. muka dan kepala banyak keluar setelah diberi minum air kelapa muda. gara-gara berjangkit dengan kakak. walaupun masa kakak qila kena, memang diasingkan dalam bilik. tak keluar langsung. hidupnya hanya dalam bilik selama 2 minggu. sesekali menghadap buku selebih nya menghadap notebook babah. makan tidur aje........ allah maha berkuasa adik kena jugak. apa taknya dapat keluar bilik terus terkam adik dulu. rindu yang terpendam selama 2 minggu. hanya dapat melambai-lambai dari jauh je. alhamdulillah, hari ini dah seminggu berlalu. banyak yang dah kering. tunggu giliran kakak ika pula. dia berkorban untuk terus dekat dengan asyik. tak kisah kalau berjangkit. semoga Allah melimpahkan rahmat kepada kalian semua.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 21-Oct-2009 01:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
CHOCOLATE CHIPS COOKIES
|
|
Lama tak letak resepi....dalam buku resepi ada cho chips cookies yg menjadi favourite anak-anak dan semua ahli keluarga sanak saudara chewahhhh!!! resepi ni diambil dalam majalah wanita...entah tahun bila...rasanya 1980an...wahhh lama tuuuu... kira resepi retro la ni....okay kita tengok resepinya...
chocolate chips cookies
250gm mentega
100gm gula castor
100gm gula perang
300gm tepung gandum
25gm coco powder
100gm walnut cincang
100gm chips
1 biji telur
1camt baking powder
panaskan oven 150 darjah celsius. ayakkan tepung, coco powder dan baking powder.
pukul mentega dengan semua gula. bila dah putih tambah telur pukul lagi. bila dah sebati campurkan tepung dan gaul rata. akhir sekali masukkan. chips dan walnut. adun semuanya. sudukan dlm loyang. bakar 12 - 15 minit. (ikut oven) bila agak sejuk sikit keluarkan dari loyang dan letak atas redai supaya sejuk dan lebih rangup.
koko powder tu boleh di tukar dgn vanila 1 camt untuk dapatkan white chocolate chips. 25gm berat coco powder tu digantikan dgn tepung gandum.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 13-Oct-2009 00:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SELAMAT ULANG TAHUN YG PERTAMA BUAT FARAH NUR ASYIKIN
|
|
Selamat buat Asyik, penghibur kami sekeluarga. memang mengasyikkan kalau melayan dia. dah setahun tp lum jln lg....berdiri lepas tangan dah terror dah. tp kaki berat nak angkat. kalau berdiri tersengih-sengih lepas tangan lagi...berat dekat 9 kg. tapi bulan puasa baru ni dia pun puasa gak. tak nak makan bubur ....nasi pun tak nak.... berat turun 200 gm, lepas raya dah nak makan semula. tp bubur x pandang dah....
kita tengok aksi2nya depan kamera.
nampak gigi 4 btg
gelak sgt dgn kak ain
sempat g desaru
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 11-Oct-2009 23:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SYAABAN, RAMADHAN, SYAWAL
|
|
Tiga bulan yang sibuk gila..........hehehe. Sebelum sampai bulan Ramadhan kena siapkan gelang dan rantai tempahan dari kawan-kawan. Dalam bulan Ramadhan pula sibuk dengan pasar ramadhan. Bulan Syawal pula sibuk balik kampung nak beraya dengan keluarga. kita layan gambar2 di bawah ye....
sebahagian biskut raya yg dijual
buah tangan untuk staf ikip n cikgu ika n qila
'keras tangan' untuk cenderamata ustaz. boleh tahan gak bakat terpendam. anyway warnanya yg menarik, tu yg tak nampak cacat yg ada. hehehe
mak tok n tok ayah dgn 26 dr 27 cucu...wah ramai tu. siapa punya turn nak tambah niii??
2 cucu terakhir buat masa ini. asyik n hisyam. pandainya bergaya
|
|
|
|
|
|
| Monday, 13-Jul-2009 03:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
GELANG KRYSTAL
|
|
HOBI TERBARU. ....MEMBUAT GELANG....
ALHAMDULILLAH, BERKAT PERTOLONGAN ADINDA TERCINTA DI KK, DAPATLAH KITA MENGEMBANGKAN BAKAT MEMBUAT GELANG KRISTAL NI....MEMANG TAK TERBALAS JASA-JASA KALIAN....MODALNYA PUN NANTI KITA BAYAR BALIK YE.
TAK NAK CERITA BANYAK, KITA LAYAN GAMBAR-GAMBARNYA.
ADA YANG BERHAJAT BOLEH E-MAIL K....
TEMPAHAN KAK SAADIAH. ADA LAGI SATU BELUM SIAP. (saiz 8mm)
TEMPAHAN FAZRINA. YANG HIJAU TU BELUM SIAP LAGI. (yang biru tu saiz 10mm)
3 LINE TAPI TAK GUNA DIVIDER UNTUK FAISZAH (guna krystal saiz 6mm)
SEBAHAGIAN KRYSTAL YANG DIBELI
WARNA-WARNA YG MERIAH....
CAMPURAN SEMUA WARNA UNTUK NORA. (yang saiz kecil untuk anaknya)
|
|
|
|
|
|
| Monday, 15-Jun-2009 23:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
AGAR-AGAR SANTAN GULA KABUNG DAN APAM GULA HANGUS
|
|
LAMA TAK UP-DATE...........anyway yang lepas tu tak leh nak patah balik so hari ni kita resepi agar-agar yang dibuat masa minum petang cuti sekolah baru ni. masak agar-agar ni tak pandai mulanya sebab takut lembik atau tawar. tapi kita beranikan diri cuba jugak. jadiiii tu yang seronok. dapat lak buat dgn gula kabung. gula kabung ni famous kat pahang. kalau kuih hatta masak lauk yg bubuh gula, boleh ganti dgn gula kabung. lidah yg dah biasa dgn gula kabung, kalau rasa kuih yg dibuat dgn gula merah atau yg seangkatan dgnnya memang tak pandanglah. especially chef saya tuuuu......
AGAR-AGAR SANTAN GULA KABUNG
bahan-bahannya
agar-agar dlm bungkusan 28gm
kat packing tu ada tulis air yg perlu 1400ml
jadinya 1000ml kita masak dgn agar-agar
400ml lg gantikan dgn santan pekat
2 biji telur dipukul sekejap
1 cawan gula
1/2 keping gula kabung
masak agar-agar dgn air sampai hancur dan mendidih. masukkan gula kabung dan gula pasir, masak hingga larut.
masuk kan santan dan telur. tak payah dikacau. biarkan hingga hampir menggelegak atau ada macam nak membuak, padam api.
tuang dlm loyang. bila dah suam-suam masuk dlm peti sejuk..
hasilnya
agar-agar santan gula kabung
apam gula hangus
acuan puteri ayu. kalau ada kelapa putih letakkan ditengah-tengah tambah menarik. kuih apam ni dibuat pagi tadi untuk breakfast dan selebihnya dijual..
APAM GULA HANGUS
bahannya
1/2 gelas gula pasir dan 1/2 gelas air di buat caramel
2 biji telur
1 gelas susu cair
2 gelas tepung gandum
2 camt soda bikabonat
1 gelas gula pasir
1 camt esen vanila (optional)
caranya:
susu cair, gula, soda dan esen vanila disatukan dan dibiarkan sebentar.
kemudian campurkan tepung dlm bancuhan sikit-sikit sambil di kacau dgn whisk.
masukkan telur sebiji sebiji.
akhir sekali masukkan gla caramel yg telah sejuk.
sapu acuan dgn minyak. tuang bancuhan dan kukus 20 minit, boleh juga dikukus terus dalam satu loyang.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-Jun-2009 00:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ANAKANDA ADDIN FUDHAIL DALAM KENANGAN
|
|
hari ini genap 2 minggu pemergian anakanda addin fudhail bin muzaffarshah. Arwah addin anak pak long yang nombor dua...pada 22hb mei 2009 hari jumaat malam.
rasa terkejut dan macam-macam perasaan yg dtg bila terima berita dari mak huda jam 11.15 mlm. Walaubagaimanapun Allah lebih sayangkannya....pemergian nya di usia hampir 17 tahun, sebaya hakim. (Alhamdulillah, hakim ada sedekahkan bacaan yasin untuk sepupunya bersama-sama rakan-rakan mrsm muadzam shah.
Buat abang dan kak anum, kita redhakan pemergiannya. Tapi bukan mudahkan? dalam menaip ni pun air mata tetap mengalir. Terima kasih pada pak long yg telah berhari raya ke rumah kami tahun lalu. Sempatlah kami berjumpa anak-anaknya termasuk arwah. Kalau tak memang dah lama tak jumpa. bertahunnnn.....itulah kali terakhir berjumpanya....memang sekejap sangat. beliau sempat solat di bilik kami. dan yang paling tak boleh lupa, saat yang terjadi pada mak ngah ni, yg Allah suruh ingat pada Arwah. bila buka "GENI" dua hari sebelum perginya, tangan ni dok klik kat namanya. tertera namanya dgn sangat besar dr biasa. terkejut jugak pada mula tuuu....kenapa tulisan tu lain sgt dlm profile dia. dan mak ngah terpandang-pandang mukanya sebab dlm profile tu tak de gambar dia. gambar anak-anak yang lain semua ada. kalau klik nama tu la ni, memang tulisan tu dah normal balik.
yang pasti mak ngah rasa berbaloi la ibunya yang sangat sayang pada si bujang ini. sayang yg dicurahkan rupanya hanya untuk 17 tahun. itulah yg Allah pinjamkan. semoga kamu berehat di sana dengan aman dan ingatlah kami sentiasa sayang padamu.
banyak kebaikan yang arwah tinggalkan kenangan buat pengetua, guru-guru dan kawan-kawan di saat=saat akhir pemergiannya....semoga Allah sahaja yang membalas kebaikannya.
AL=FATIHAH BUAT ANAKANDA ADDIN FUDHAIL.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 22-May-2009 14:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
tempahan 4 dan roti kentang
|
|
terlebih dahulu nak ucapkan jutaan terima kasih buat laili yg sudi menempah cc. (laaaa macam nak berucap pulak dahhh ) Laili sekarang di nationwide cwg baru di terminal 3 subang. cc untuk bakal suami (???!!!) a.k.a. bf dia laa...
mula tu dia ingat kami dtg shah alam minggu ni, tu yg nak tempah tu. tp sekarang cuti semester jadi tak la pegi sana. jadinya courier petang tadi. dia nak tema biru....and for the first time buat benda alah ni....bermain dengan gula icing.....tak pernah berguru pun...resepi fondant cari dlm buku teks abang. pastu dapat lak resepi lain dari mashitah owner ketari baking supplies. (respect la kat dia ni, muda lagi dah ada kedai sendiri) akhirnya dari kul 8.30 pg buat cc hingga 12 tgh, berhenti rehat sambil susukan Asyik setengah jam. harap-harap laili suka walaupun agak sememeh sana sini, almaklum tak berguru dan bila terima esok masih dalam keadaan yg baik.
ROTI KENTANG (DARI RINCHAN)
bancuhan roti ni abang amir yg sediakan......asyik dok depan komputer, suruh dia masuk dapur pulak.....dgn rela hati dia buat . lagi pun dia nak join food tech so ni la masa nak tunjuk skill. roti ni dari resepi rinchan...cik mat gebu pun dah buat...memang lembut. masa baca resepi tuu dah nampak guna loyang 10 x 10. tp dek kerana terlebih cerdik kita tukar loyang 8 x 8, so jadi le rupe ni. naik tinggi sesapa nak resepi ni boleh gi tengok kat fp rinchan atau blog mat yeee....malas nak copy n paste.
yang ni pulak second time buat sebab roti sedap punya pasal buat lagi, tak puas hati hari tu buat bukan saiznya. sekarang saiz dah ok, rupaaa pulakkkk......gelapppp. dah terlebih kuning telur.....abang pesan pas ni kuning telur boleh tambah air sikit. hari tu ada kastard atasnya kali ni bubuh krim lepas masak....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 20-May-2009 01:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kuih Kasui
|
|
Kuih kasui ni dah biasa buat cuma tak pernah lagi masuk sini. Seperti biasa kuih kasui belajar dari fp kak liza. Ahad baru ni kakak diba balik dan nak makan kuih ni.....ibu pun dgn rajinnya buat dan ambil gambar. Untuk mak adah, kuih ni dah lama dia minta resepinya....lepas ni mesti buat....tapi kita tau dia rajin masak dan kuih ni favourite dia..
kuih terus dari loyang
bahannya:
5 cawan air
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
daun pandan (kalau ada)
masak hingga mendidih kemudian tapis dan sejukkan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
3 sudu kecil air kapur
campur air gula dgn bahan di atas kemudian tapis ke dalam loyang yg dah di sapu minyak. kukus 30-40 minit. dah sejuk potong dengan pisau plastik.....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-May-2009 01:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
4 hari 3 malam
|
|
4 hari 3 malam.......wahhh!!! macam pakej pergi bercuti pulak. sebenarnya bukan kami yang bercuti tapi meraikan kawan-kawan abang amir yang datang bercuti ke rumah kami........lepas mereka test muet pada 7hb mei terus diaorang datang ke rumah.....riuh-rendah la sekejap rumah ni dengan abang-abang teruna ni....husaini dari pekan, ariff dari kota damasara dan azrul dari tawau. sampai hari khamis petang, terus di bawa makan air batu campur yang terkenal kat bentong ni....(kedai cina sbenarnya tapi halal). Hari jumaat tak gi mana-mana, menghabiskan masa kat rumah aje.....hari sabtu kami bawa dia orang mandi di air terjun chamang dan kemudian ke air panas.
Yang paling seronok Asyik la....first time mandi air terjun..........relax aje minah ni dalam air sejuk tu...sebelumtu kami lumurkan dia dengan cuka dan garam...petua untuk menghindarkan dari makhluk halus...maklumlah baby lagi. Abang kata baby kalau dalam air dia akan pandai berenang sendiri........memang pun,seronok tengok dia gerakkan tangan dan kakinya......tapi masih kena pegangla...takut lak tenggelam. jom tengok gambar-gambarnya.......
|
|
|
|