Perkahwinan Jazmi & Norhayati anak Kak Midah/Abg Bob telah diadakan petang hari Sabtu 7hb Jun 2008. Kenduri kali ini agak berlainan dari yang lain kerana berkonsepkan gerai pasar malam. Dibuat pada sebelah petang dan dijamu dengan berbagai jenis mee iaitu mee goreng ala-ala pasar malam, mee kari dan mee sup. Gerai lain yang ada ialah gerai roti bom, apam balik, cendol, air dan ais krim. Wah!! meriah sungguh dan mengenyangkan. Kami sampai selepas Asar dalam pukul lima. Para jemputan dah berduyun-duyun. Hampir dua jam kami disana dan berkali-kalilah tukang goreng mee menggoreng mee dalam kuali besar tu..