Want your
own Fotopage?
























 
hayatibadri's extraordinary

By: hayati badri

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 28-Jun-2008 22:54 Email | Share | Bookmark
Amir di UPM

Abang Amir senyum-senyum gak tp dalam hati berdebar-debar.
Memunggah barang Amir
Babah sedang megeluarkan barang Amir dari boot kereta
Amir n Aqilah menuju ke bas
Bas ke Kolej 13
Ika...sempat posing sebelum naik bas
abg amir dalam bas bersama Ika
Ibu n Babah
Banner selamat datang
kaunter mulamula sebelum masuk dewan
Berpeluh-peluh Abg Amir mengisi borang. Dia gabra
Tu abg Amir di kaunter pertama
ruang menunggu utk ibubapa sementara menunggu abg amir mendaftar
relax jeee
di pintu masuk dewan. Aqila nanti kemana pula??
Bilik abg amir blok pluto 205/3
Tempat yg selesa, ada almari pakaian besar, meja study dan satu
adik-adik dah rasmikan dulu...
ang amir.....
kolej 13 upm
pintu gerbang UPM pintu masuk ke dua
Alhamdulillah, semalam Abang Amir selamat mendaftar sebagai pelajar asasi sains pertanian di UPM,Serdang. Segalanya berjalan dengan lancar dan teratur. Kami bertolak dari Bentong selepas Asar hari Jumaat 27hb Jun. Di Bentong singgah di rumah nenek saudara Amir di Kg Gementi, Rumah Wan Chu. Dalam setengah jam kemudian kami bertolak ke Kuala Lumpur.

Sampai di sana dalam lebih kurang pukul 6.30 petang. Biasa la waktu ni waktu kami makan malam. Terus singgah di Taman Melawati makan nasi ayam, lai chee kang dan ABC. Gerai makan ni memang famous di Taman Melawati. Masuk-masuk Taman Melawati tu, dia sebelah kanan. Dah lama berniaga di situ. Mereka tak kenal kami tapi dia kawan adik saya, Pak Anjang Din. Anak angkat pada mak mertua dia. Macam tu lah lebih kurang...

Dah kenyang kami terus ke Tesco Ampang mencari barang-barang Amir yang masih tak cukup lagi...Dah letih berbelanja dan solat, kami ke rumah Tok Chik Idin di Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Cheras. Bermalam di sana sambil menziarah adik arwah bapa mertua kita.

Pagi esoknya setelah mengisi perut dengan nasi lemak yang dibeli Chik, kami ke UPM. Tak sampai 15 minit dah sampai. Dekat sangat... Kita layan gambar-gambar kat bawah yeee....


Abang Amir tersenyum-senyum tapi dalam hati berdebar-debar. Tapi yang bestnya Babah lebih emotional. On the way back, sempat berkata, besar dah Amir...rasa macam baru semalam berkejar dengan dia masa kami tinggal di Setapak Indah masa Amir umur setahun lebih..


Sampai di UPM kami disuruh parking kereta di tepi jalan. Sebuah bas telah menanti kami untuk membawa kami dan barang-barang keperluan pelajar ke Kolej 13. Kereta tak dibenarkan masuk kerana tidak mahu sesak . Bagus juga idea tu kan...Ramai-ramai la...naik bas UPM yang berhawa dingin.


Banner 'selamat datang' menuju ke dewan. Sebelum tu beg-beg ditinggalkan di sebuah pondok macam wakaf gitu...dan di beri nombor pada beg


Adik-adik berkerumun mengikut abg amir di kaunter untuk diberi penerangan mengisi borang sebelum masuk ke dewan utk mendaftar di setiap bahagian. eHHHH...sebelah tu Rauf lah...


Berpeluh-peluh mengisi borang. Tak banyak pun sebab dah banyak isi masa di rumah. Menukar nombor pelajar dgn nombor baru AS01006. Adik pun dah hafal nombor pelajarnya.

Selesai mendaftar, bawa beg ke bilik. Sebuah bilik untuk enam orang. Ada pulak orang sekampung dari Temerloh. Dari Bangau Parit. Rauf namanya, bekas pelajar MRSM Taiping. Kami kemudian di jemput untuk jamuan ringan.

Kami bawa Amir keluar ke Bandar Baru Sri Serdang dan pekan Seri Kembangan sebelum kami pulang lebih kurang pukul 12.30 tgh. Pekannya boleh tahan besar dan untuk Amir, inilah tempat awak selama lebih kurang 5 tahun nanti....

Selamat tinggal abang amir, study smart dan solat di awal waktu......


UPM......hubby zai bekas pelajar UPM.... buat Amir semoga berjaya... Sun 29-Jun-2008 14:15
Posted by:Zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
hoho...amir dah masuk UPM.... kejap je ya masa berlalu... dah mmg anak bujang dah ni.... all d best to amir...

http://kamalina-cakes.blogspot.com
Thu 3-Jul-2008 07:20
Posted by:kamalina a.k.a aimi  - [Link]
Salam,

Untuk Cadar 100% Cotton yang TEBAL (280 Thread Count) & MURAH !!
http://laurea-collection.blogspot.com
Fri 4-Jul-2008 18:00
Posted by:Laurea laurea.collection@gmail.com  - [Link]
huhu..da besar da abg mir..utk ibu..i luv u so much mum.!!
n thx 4 all of the kind u give to ur so-called naughty son. I will be back with flying colours 4 ibu and abah.!! Luv U All.!!
Fri 11-Jul-2008 02:24
Posted by:amirul mu'min whiteshadow9@gmail.com
Congrats & all the best, Amir!
Wishing you success
Tue 15-Jul-2008 17:00
Posted by:dewi
Kak Yati, sy pun ex-college 13. Dulu tahun 2000 dipanggil Kolej Kediaman Matrikulasi. Tp budak diploma yg duduk situ. Byk kenangan kat sana. dekat dgn dusun durian tau! tp skrg tak tau boleh ambil suke2 lg ke tak. Kemsalam kat abg amir ye.. Congrats!! Sat 19-Jul-2008 11:56
Posted by:atiey  - [Link]
Kak Yati, sy pun ex-college 13. Dulu tahun 2000 dipanggil Kolej Kediaman Matrikulasi. Tp budak diploma yg duduk situ. Byk kenangan kat sana. dekat dgn dusun durian tau! tp skrg tak tau boleh ambil suke2 lg ke tak. Kemsalam kat abg amir ye.. Congrats!! Sat 19-Jul-2008 12:00
Posted by:atiey  - [Link]
tnga tataw mne nk pilih,, smede m3x / asasi pertanian upm..
hurmm..
bley cite .. ape yg jdi skrang x..kat abg amir??
& cmne khidupn kat upm..
plsssz sgt..
Sun 3-May-2009 15:14
Posted by:..belle.. nbelle91@gmail.com
tnga tataw mne nk pilih,, smede m3x / asasi pertanian upm..
hurmm..
bley cite .. ape yg jdi skrang x..kat abg amir??
& cmne khidupn kat upm..
plsssz sgt..
Sun 3-May-2009 15:15
Posted by:..belle.. nbelle91@gmail.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.