 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
By: hayati badri
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 5-Sep-2008 12:00 |
Email | Share | Bookmark |
|
Cuti sekolah August 2008
|
 |
|
laksa asam
|
|
 |
|
laksa asam
|
|
 |
|
kuah laksa
|
|
 |
|
sepinggan laksa
|
|
 |
|
kacang berkulit
|
|
 |
|
kacang berkulit
|
|
 |
|
Bingka roti berlauk
|
|
 |
|
bingka roti berlauk
|
|
|
Cuti sekolah yang lepas memang banyak aktiviti yang berlaku. Anak-anak yang bersekolah semua ada di rumah kecuali Abang Amir. Tapi dia balik juga di hujung minggu sebelum masuk sekolah untuk berkumpul dengan adik-adik.
Dikesempatan itu kita pun memasaklah apa yang patut bila dah berkumpul beramai-ramai. Babah pun apalagi mengadulah, kalau anak-anak balik baru dapat makan sedap. Kalau tak, bagi dia makan telor dengan kicap aje atau nasi dengan garam....Itulah ayat yang rajin dia sebut. Hehehe.....Abang kita ni memang suka menyakat kita.....Anyway dia pun sama rajin membantu di dapur untuk menyiapkan hidangan untuk anak-anaknya...
Menu yang sempat kita buat semasa cuti hari tu, antaranya Laksa Asam, Roti bingka berlauk dari kak hanieliza dan kacang berkulit. Kacang berkulit tu...biasanya buat masa hari raya....Kita jamu mata di bulan puasa ni dan resepinya sekali............
laksa asam
LAKSA ASAM
Bahan-bahan untuk kuah
ikan selayang yang direbus dan diambil isinya lalu dikisar
cili boh
bawang besar/merah dikisar halus
bawang putih dikisar halus
asam keping
daun kesum
bunga kantan
air rebusan ikan yang ditapis
air secukupnya
garam dan perasa
Semua bahan disatukan dan dimasak.
Bahan-bahan lain
Laksa (kita guna instant laksa)
timun dihiris
nenas dihiris
telor rebus
bawang besar dihiris halus
cili merah dihiris
limau kasturi
kuah laksa
sepinggan laksa
kacang berkulit
KACANG BERKULIT
Bahan-bahannya:
600 gm kacang tanah
1 biji telur dipukul sedikit
3 camb gula
4 ulas bawang putih
cili boh (ikut pedas)
garam secukup rasa
tepung untuk digaul dengan kacang
Cara-caranya:
1- kacang tanah jangan dibasuh, hanya lapkan dengan tuala basah
2- bawang putih ditumbuk halus
3- satu kan semua bahan kecuali tepung hingga rata.
4- tambahkan tepung sikit-sikit hingga bersalut pada kacang. Anggaran 2 atau 3 senduk tepung sahaja
Tips- Tak payah banyak sangat tepung sebab kalau banyak, masa mengoreng minyak akan berbuih. Kalau kacang melekat antara satu sama lain, tak mengapa. Masa mengoreng kena rajin mengacau supaya kacang bercerai antara satu sama lain.
bingka roti berlauk[u]
BINGKA ROTI BERLAUK kak hanieliza
Bahan Bingka
1 buku kecil roti [10 -12 keping ]
800 ml santan [1/2 biji kelapa]
3 s/b tepung gandum
3 s/b butter [cairkan]
3 biji telur
garam
Cara
1. Roti dikoyakkan dan rendamkan dengan santan sehingga kembang.
2. Gaulkan semua bahan lain dengan roti yg telah direndam supaya sebati.
3. Masukkan dlam loyang 10 x 10 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.
5. Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.
6. Bila telah masak taburkan bahan hiasan.
7. Potong dan dan hidangkan.
Bahan Lauk
400 g daging kisar [kkliza gunakan daging kisar Ramly]
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 biji kentang [ potong dadu kecil]
1 batang carrot [potong dadu kecil]
3 s/b rempah kari
3 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
minyak
garam
Bahan Hiasan [hiriskan]
daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan daging kisar yg telah diperoiikan. Kacau rata.
3. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan kentang, carrot, garam, sos cili & sos tomato. Kacau rata.
5. Masakkan sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Bila telah masak masukkan dalam pinggan [jangan ambil lebihan minyak].
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|