 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
By: hayati badri
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 12-Sep-2008 12:00 |
Email | Share | Bookmark |
|
Kuih Tako
|
|
Kali ini kita jual kuih tako yang bersaiz besar anggaran 11/2 inici. Biasanya 1 inci sahaja..maklumlah harga dah 30 sen sebiji. Dan biasanya juga kita guna sengkuang cina tapi di rumah cma ada jagung berkrim, kita guna saja apa yang ada.
Kuih tako ni kita dapat resepinya dari pembantu rumah kawan ayah masa kita masih sekolah menengah lagi. Masa tu tinggal di kuaters hospital jalan maran berhampiran tasik titiwangsa kuala lumpur. Kuaters tu pun masih ada lagi.....berhampiran dengan bulatan pekeliling.
KUIH TAKO
Bahan-bahannya:
Lapisan bawah
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
5 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
2 cawan sengkuang cina yang dipotong dadu
Campurkan kedua-dua tepung air dalam periuk. Masak atas api yang sederhana. Kacau selalu menggunakan pemukul telur hingga adunan menjadi pekat dan sebati. Masukkan gula dan sengkuang cina, kacau lagi dan biarkan dalam 5 minit...atas api perlahan. Bila dah masak tuangkan dalam bekas daun pandan anggaran 2/3 sahaja
Lapisan atas
3 cawan santan
1/3 cawan tepung jagung
garam secukup rasa
satukan semua bahan dalam periuk dan kacau atas api perlahan. Cukup hanya mendidih sikit aje terus angkat dari api. Tuangkan atas lapisan bawah anggaran 1/3 sahaja.
Tips : Jangan tuang adunan dalam anggaran sama banyak iaitu separuh-separuh kerana rasanya akan berubah. Biarkan rasa manis tu lebih dari rasa masin....
Resepi yang mudah ni, ramai kawan-kawan yang dah mencuba. Hingga ada kawan lama di kuala lumpur yang berniaga kuih ini sahaja...
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|