Hari ini genap Hakim 16 tahun.........Hari lahirnya bersamaan 17 Rabiul Awal 1413. Berat lahirnya 3 kg. Sewaktu melahirkannya di Pusrawi Jalan Ipoh Kuala Lumpur, mudah aje....memang contraction dari pagi tapi tak sakit sangat....lepas asar pergi klinik, pukul enam lebih dia pun dilahirkan....
Hakim anak yang aktif masa kecil....tapi bila dah remaja dia jadi seorang yang pendiam dan pemalu...walaupun begitu masih aktif dalam sukan...Cita-citanya nak menjadi doktor haiwan. Masih ingat kerana terlalu sukakan binatang sejak kecil sampai nak mati dikerjakan seekor anak itik di rumah sepupu mr hubby.
Kita tak boleh rasanya nak bercerita tentang Hakim. Setiap kali teringatkan dia pasti air mataku akan mengalir....Dia sekarang berada di MRSM Muadzam Shah setelah bersusah-payah menduduki peperiksaan PMRnya. Dia anak yang rajin dan tak mudah putus-asa. Bayangkan masa UPSR dia hanya mampu mendapat 2A3B. Kejayaannya kali ini memang kami doakan dan berkat kesungguhannya dia berjaya.
Semasa mengambil keputusan PMRnya, kita yang pergi ambil...Tak tahu kenapa dia tak nak ambil sendiri...Apa lagi mengalir air mata depan guru kelasnya....
Kita bersyukur pada Allah yang Maha Esa dikurniakan dengan anak-anak lelaki yang tidak menyusahkan lebih-lebih lagi di zaman yang penuh mencabar ini...Semoga mereka akan tetap mereka walaupun dah dewasa kelak.
Raya tahun ni Hakim tak nak beli apa-apa. Semua baju dan sandal tahun lepas Hakim boleh pakai lagi......itulah Hakim......
Bersamaan 15hb Ramadhan juga adalah hari kelahiran along Amirul Mu'min. Semoga anak-anak ibu semua dapat menjalani ibadah puasa dan amalan lainnya di bulan yang banyak berkahnya ini.....Amin
Seperti biasa, abang Hakim memang tak suka bergambar. Susah nak menhadap kamera....
Baru ada kesempatan untuk up-date pendaftaran Hakim di MRSM Feb 2008
isk2..agak sedih gak la saya mendengar cerita puan...anak sulong puan macam mane.? agak laen dari hakim mungkin..hihihi...jgn sedih2 bu..insyaAllah anak2 ibu sume baek2 blake...Along die ni je pmalas tahap maksimum ni..xreti da nak wat cmne..