Want your
own Fotopage?
























 
hayatibadri's extraordinary

By: hayati badri

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 6-Jan-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
KUIH-KUIH MINGGU TERAKHIR BULAN DISEMBER

kuih seri muka
kuih bakar
kuih lapis
Alhamdulillah....semua resepi yang dicuba semuanya cantik-cantik, sedap dan jadik....Mencuba resepi baru specially yang tradisional memang menjadi cita cita kita. Lebih-lebih lagi resepi yang bersukat , bukan yang agak-agak. Resepi kak liza tentunya. (Thank you very much kak Liza)

Aku catatkan disini untuk adik-adik ku pula, Mak adah dan mak long anum. Rajin-rajin buat kuih lepas ni ye.... Mak jah dan mak huda, anak-anaknya kecik-kecik lagi memang tak rajin buat ....tunggu bebudak besar yee....




Kuih Seri Muka

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam (kita guna 2 cwn sahaja)

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
1 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum (kita guna 3/4 cwn)
3 s/b tepung kastad (kita guna 1/4 cwn tpg jagung)
1 biji telur
1 s/t garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.



Kuih Bakar
(dari Mat Gebu - tqvm)


Bahan-bahannya:-
1 cawan gula
1 cawan jus panda (kisar 5-6 helai daun pandan dgn 250ml air dan tapis)
2 cawan tepung
2 1/4 cawan pati santan
3 biji telur gred A
1/2 camca teh garam
2 camca besar mentega, dicairkan
Sedikit pewarna hijau
Bijan (jika suka)

Cara membuatnya:-

1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali bijan dalam satu bekas. Kacau dengan wisk hingga semua larut. Tapis adunan.
2. Dalam acuan yg digemari, lenser sedikit mentega dan panaskan dalam oven untuk 2 - 3 minit. Oven telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C.
3. Keluarkan acuan dan curah adunan tadi. Tabur bijan dan bakar kembali dalam oven selama 30 - 35 minit hingga masak dan permukaan kuih bakar kuning keemasan. Kuih ni sedap kalau ada sedikit kerak. Sejukkan sebelum dipotong..



Kuih Lapis

Bahan-banan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad/jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam

pewarna merah

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.